Tuesday, December 21, 2010

Kentut..





Suatu hari si Luncai pergilah berjumpa doktor, mengadu masalahnya yang selalu saja terkentut. Ya, kentut. Kentut sepanjang masa. Kentut, kentut, kentut. Foot, prreettt, prruuuuttt.
Luncai: Tapi yang peliknya doktor, kentut saya ni tak berbau dan tak berbunyi. Doktor tau, lima minit saya kat sini, dah lima kali saya terkentut. Tapi doktor tak tau pun sebab doktor tak dengar bunyi kentut tu dan doktor tak dapat hidu baunya, kan?
Si doktor diam aja, malah tak dipandangnya pun muka Luncai. Sehelai kertas diambil dan zap zap zap, si doktor tergesa-gesa menulis nama ubat ubat yang perlu dimakan oleh Luncai.
Luncai: Fuhh... doktor ni memang genius. Tak payah periksa perut saya pun doktor dah tau ubat apa yang saya kena makan. Tentu lepas ni saya tak kentut-kentut lagi, kan? www.familiazam.com
Doktor: Tak... ubat ni untuk sakit resdung Encik Luncai. Minggu depan datang lagi tau, kami nak periksa telinga Encik Luncai pulak!

No comments:

Post a Comment